Misunderstood...
Hey there. It’s me again. How are you guys lately?
I’m fine rasanya.
Hmm, today
I wanna talk about one topic yang sangat penting n perlukan perjelasan
selanjutnya. Sebab bg aku perkara ini penting untuk di selesaikan.
So, Korang tahu apa itu salah faham? Aku rasa aku
tahu.
Salah faham adalah keadaan dimana bukan itu yang sebenarnya terjadi tetapi
itulah yang dianggapkan terjadi.
Guys, boleh ke kalau sehari kita sayangkan
seseorang but next day kita buat keputusan untuk benci orang tuh mcm dialah
orang paling jahat dalam dunia ini?
Lagi-lagi orang itu pernah menjadi orang
yang sangat penting dalam hidup kita satu masa dahulu. Tiada sedikitkah
kepercayaan kita terhadap dia? At least
sewaktu masih bersama, dialah orang yang kita sayang dan hormati.
Kita betul-betul tak kenal ke orang itu apabila
kita mula membuat keputusan untuk berhenti hidup dengannya? Betulkah dia menjadi “orang asing” selepas
kata-kata perpisahan itu diucapkan? Betulkah?
Dan kenapa selepas semuanya berakhir mulalah timbul
kata-kata menguris perasaan dan penghinaan? Tuduhan-tuduhan tidak berasas mula
timbul dan sikap saling menyalah mula wujud. Kepercayaan yang dibina hilang
dibawa angin dan sayang yang dicurah umpama diletakkan di bawah telapak kaki. Begitu
kejamkan manusia berubah?
Sebenarnya aku tertanya-tanya kenapakah kepercayaan
yang di bina hilang sekelip mata, sayang yang ada dalam diri hilang begitu
sahaja dan kita berlagak seolah-olah bersama orang itu tak adalah salah satu
kesilapan yang paling besar yang kita pernah buat.
Betulkah kenagan yang kita bina selama ini tidak
bermakna pada diri kita? Yeah I know, people move on but untuk semua
kegembiraan dan kesakitan yang dilalui bersama-sama tidakkah boleh kenagan itu
di hormati?
Lupakah kita yang orang itu pernah buat kita tersenyum dan orang
itu juga yang habiskan masa bersama-sama kita untuk mengenal apa itu hidup.
Kenapa bila semuanya berakhir, kita terus membenci?
Orang kata manusia berubah. Yeah, manusia berubah
tp manusia itu bukan hilang ingatan. Pasti terselit sedikit dalam hatinya rasa kasih
yang tulus terhadap orang yang pernah disayangi itu. Tetapi aku pelik juga kerana di sebalik kasih
sayang yang tulus itu wujudnya kata-kata hinaan dan penuh kebencian. Really Secepat itukah manusia berubah?
Hmmm…
Oleh itu aku berharap disini demi kenangan dan
semua senyuman yang pernah dicipta, hentikanlah membenci dan menghina.
Berhentikanlah mengatakan bahawa saat-saat bersama orang itu adalah satu
kesalahan dalam hidupmu. hormatilah orang itu. N percaya padanya walaupun
sedikit kerana jika dirimu mampu menyayanginya dan mempercayainya sewaktu
bersama, pastinya kamu akan kenal siapa dirinya yang sebenar dan ketulusan
hatinya mencintai kamu dulu..
Hidup ini bukan berkisar tentang dirimu sahaja,
ianya wujud orang lain untuk melengkapi
dirimu. Walaupun kamu sudah berhenti menyayangi dirinya dan hilang sudah
keinginan untuk bersamanya, bersabarlah.. Mungkin mudah bagimu, tetapi terlalu
sukar bagi dirinya. Dan tanamkan sedikit kepercayaan terhadap dirinya bahawa
dia bukan seperti apa yang kamu tuduh dan katakan. Berfikirlah, kalau dia
seteruk itu, mengapa satu masa dahulu kamu menghabiskan masa dengannya..
Kerana orang itu masih menghormati mu. Masih
mengharapkan semua perkara terbaik berlaku pada dirimu. Malah dia juga masih
mengharapkan agar segala kebahagian di dunia ini milikmu.
Insha ALLAH..
Jangan salah sangka, apa yang kamu sangkakan tak
semestinya benar. Kamu katakan pada mereka supaya jangan menilai, tp kamu
sendiri menilai orang yang pernah kamu sayangi dulu. Dan kamu Menilai dari
semua keburukkannya..
P/S : ini adalah apa yang aku rasa. Hormatilah
pandangan aku.. Semoga hidupmu dihiasi memori indah. Selamat tinggal.
Take care. :’)