Saturday, 15 December 2012

Salah Faham..


Misunderstood... 



Hey there. It’s me again. How are you guys lately? I’m fine rasanya.


 Hmm, today I wanna talk about one topic yang sangat penting n perlukan perjelasan selanjutnya. Sebab bg aku perkara ini penting untuk di selesaikan.

So, Korang tahu apa itu salah faham? Aku rasa aku tahu.
Salah faham adalah keadaan dimana bukan itu yang sebenarnya terjadi tetapi itulah yang dianggapkan terjadi.


Guys, boleh ke kalau sehari kita sayangkan seseorang but next day kita buat keputusan untuk benci orang tuh mcm dialah orang paling jahat dalam dunia ini? 

Lagi-lagi orang itu pernah menjadi orang yang sangat penting dalam hidup kita satu masa dahulu. Tiada sedikitkah kepercayaan  kita terhadap dia? At least sewaktu masih bersama, dialah orang yang kita sayang dan hormati.


Kita betul-betul tak kenal ke orang itu apabila kita mula membuat keputusan untuk berhenti hidup dengannya?  Betulkah dia menjadi “orang asing” selepas kata-kata perpisahan itu diucapkan? Betulkah?


Dan kenapa selepas semuanya berakhir mulalah timbul kata-kata menguris perasaan dan penghinaan? Tuduhan-tuduhan tidak berasas mula timbul dan sikap saling menyalah mula wujud. Kepercayaan yang dibina hilang dibawa angin dan sayang yang dicurah umpama diletakkan di bawah telapak kaki. Begitu kejamkan manusia berubah?


Sebenarnya aku tertanya-tanya kenapakah kepercayaan yang di bina hilang sekelip mata, sayang yang ada dalam diri hilang begitu sahaja dan kita berlagak seolah-olah bersama orang itu tak adalah salah satu kesilapan yang paling besar yang kita pernah buat.


Betulkah kenagan yang kita bina selama ini tidak bermakna pada diri kita? Yeah I know, people move on but untuk semua kegembiraan dan kesakitan yang dilalui bersama-sama tidakkah boleh kenagan itu di hormati?

 Lupakah kita yang orang itu pernah buat kita tersenyum dan orang itu juga yang habiskan masa bersama-sama kita untuk mengenal apa itu hidup. Kenapa bila semuanya berakhir, kita terus membenci?


Orang kata manusia berubah. Yeah, manusia berubah tp manusia itu bukan hilang ingatan. Pasti terselit sedikit dalam hatinya rasa kasih yang tulus terhadap orang yang pernah disayangi itu.  Tetapi aku pelik juga kerana di sebalik kasih sayang yang tulus itu wujudnya kata-kata hinaan dan penuh kebencian.  Really Secepat itukah manusia berubah?
Hmmm…


Oleh itu aku berharap disini demi kenangan dan semua senyuman yang pernah dicipta, hentikanlah membenci dan menghina. Berhentikanlah mengatakan bahawa saat-saat bersama orang itu adalah satu kesalahan dalam hidupmu. hormatilah orang itu. N percaya padanya walaupun sedikit kerana jika dirimu mampu menyayanginya dan mempercayainya sewaktu bersama, pastinya kamu akan kenal siapa dirinya yang sebenar dan ketulusan hatinya mencintai kamu dulu..

Hidup ini bukan berkisar tentang dirimu sahaja, ianya wujud orang lain  untuk melengkapi dirimu. Walaupun kamu sudah berhenti menyayangi dirinya dan hilang sudah keinginan untuk bersamanya, bersabarlah.. Mungkin mudah bagimu, tetapi terlalu sukar bagi dirinya. Dan tanamkan sedikit kepercayaan terhadap dirinya bahawa dia bukan seperti apa yang kamu tuduh dan katakan. Berfikirlah, kalau dia seteruk itu, mengapa satu masa dahulu kamu menghabiskan masa dengannya..


Kerana orang itu masih menghormati mu. Masih mengharapkan semua perkara terbaik berlaku pada dirimu. Malah dia juga masih mengharapkan agar segala kebahagian di dunia ini milikmu. 
Insha ALLAH..


Jangan salah sangka, apa yang kamu sangkakan tak semestinya benar. Kamu katakan pada mereka supaya jangan menilai, tp kamu sendiri menilai orang yang pernah kamu sayangi dulu. Dan kamu Menilai dari semua keburukkannya..
P/S : ini adalah apa yang aku rasa. Hormatilah pandangan aku.. Semoga hidupmu dihiasi memori indah. Selamat tinggal.



Take care. :’)

No comments:

Post a Comment