hari ni aku nak cakap pasal relationship. Hubungan. But mostly dalam pandangan seorang perempuan.(Aku perempuankan? hehe ) Aku memerhati keadaan sekeliling aku lately. n aku sedar sesuatu. semua orang bila mereka dah sayangkan seseorang mereka sanggup buat apa sahaja. esp perempuan.
Aku tengok ada yang sanggup hidup dalam teka-teki hanya kerana tak sanggup lepaskan orang yang dia sayang. Aku tengok ada yang sanggup hidup dalam bayang-bayang cinta lalu kerana tak sanggup move on. Aku tengok ada yang sanggup terluka, makan hati serta dihina agar orang yang disayangi gembira. Itu belum lagi masuk part menyintai seseorang dalam diam. Hmm..
Pada aku perempuan yang hidupnya mcm ni sangat kuat. Kenapa? Kerana sanggup telan rasa sakit hati, terluka dan pedihnya dalam menyayangi seorang lelaki. Betul lah kata orang, perempuan mahkluk yang setia. Mereka sanggup merasai semua itu demi insan lain.
Lelaki tidak tahu bertapa payahnya lakukan semua ini. Lelaki tak tahu payahnya nak kekalkan cinta dalam hati ini bila seluruh dunia meragui hubungan yang dibina. Lalaki tak tahu bertapa payahnya nak pegang kata-kata cinta yang kamu lafazkan apabila seluruh dunia menyuruh untuk berhenti mencintaimu. Lelaki tak tahu. dan takkan pernah tahu..
Orang lain dengan mudah kata "lepaskanlah.." dan "berhentilah.." tp demi cinta dihati sesetengah perempuan sanggup telan agar dirinya terus disayangi. Nampak menyedihkan right? But try satu hari nanti kalau kamu berada dalam situasi itu, baru tahu tinggi atau rendahnya langit masa itu.
Perempuan sekali sayang, akan terus sayang. Kadang kala perempuan tahu yang dikejarnya bayang-bayang, yang diimpikannya angan-angan tetapi tetap diteruskan sayang. Kadang-kadang perempuan kata "penatnya aku menyintai dia.." tetapi tetap tak sanggup pergi dari hubungan itu. Kenapa? Kerana dia sayang. Kerana dia kenal lelaki itu. Kerana dia tahu walau seburuk mana lelaki itu melayannya, namun dia percaya jauh dari dalam sudut hati lelaki itu, tetap ada sayang untuk dirinya.. Entah keyakinan apa yang merasuknya. Tapi itulah besarnya kasih sayang seorang perempuan.
Jangan kata ini semua satu kebodohan. Kerana if ini satu kebodohan, apa gunanya wujud kasih sayang dan perasaan cinta itu? Bukankah kasih sayang perlu diberi dan disebarkan? Hmm.. Mungkin salah perempuan itu juga kerana menyintai pada yang tak sudi, menyintai pada yang tak tahu menghargai, tapi cinta tidak boleh dikawalkan? Tidak boleh ditentukan kan? So, apa perlu seorang perempuan itu buat lagi bila dia dah sayang pada lelaki yang hanya tahu menyakiti?
Sighh.. Oklah, itu sahaja.
untuk semua perempuan yang mencintai lelaki tetapi kurang dihargai, bersabarlah. Tabahlah.. moga satu hati nanti terbuka hatinya untuk menghargai dirimu. Akan tetapi jika dia tetap tidak boleh lakukannya, bukan salahmu.. bukan kerana kekuranganmu.. kamu sudah berusaha menyayanginya, cuma mungkin jodoh kamu bukan dengannya.. Mengalahlah.. :")
Apa aku cakap ini adalah berdasarkan permerhatian aku pada orang sekeliling aku. Apa yang aku lihat, apa yang aku perhati. itu sahaja. Tiada kena mengena dengan hubungan sesiapa.
Take care :")